Rabu, 2009 Januari 28

Profile Penulis

Penulis merupakan seorang Pegawai Farmasi yang kini bertugas di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Penulis juga dalam masa yang sama menjalankan beberapa jenis perniagaan termasuklah perkhidmatan, pelaburan, trading, industri takaful, pusat tuisyen, menternak ikan air tawar dan beberapa jenis perniagaan lain.

Penulis juga merupakan seorang penulis cerpen, puisi dan novel serta buku ilmiah dan juga merupakan ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan telah beberapa kali menerbitkan puisi dan cerpennya dalam majalah dan buku-buku antologi puisi Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis sedang mengumpulkan bahan-bahan penulisan untuk buku terbaru beliau yang pertama tentang perniagaan, dan akan terbit satu masa yang akan diberitahu kelak.

Anak muda yang juga Pengurus Eksekutif (Executive Manager) kepada syarikat Sri Ananas Enterprise yang bertapak di Pontian, Johor ini menguruskan perkhidmatan Reka Hiasan Dalaman Rumah, Event Management, dan Printing serta beberapa perkhidmatan lain. Perniagaan terbarunya adalah perniagaan Compass Arah Kiblat. Maklumat tentang perniagaan ini boleh didapati di laman web:

Penulis juga merupakan salah seorang ahli komuniti usahawan di dalam Peoplepreneur Business School (Peoplelogy Solution Sdn Bhd). Dr Azman Ching dan Dr Irfan Khairi adalah Pengarah kepada Peoplelogy Solution Sdn Bhd yang mana maklumat boleh diperolehi di: http://www.peoplelogy.net. Peoplelogy Solution Sdn Bhd bertempat di Tingkat 10 di Boulevard, Mid Valley City, Kuala Lumpur.

Penulis juga merupakan salah seorang anak didik dan mentee kepada mentor jutawan internet, Dr Irfan Khairi dan Dr Azman Ching (Pakar Motivasi Perniagaan) dan penulis terus menerus membangunkan perniagaan internetnya serta perniagaan "offline" berbekalkan tunjuk ajar beliau dan beberapa sifu-sifu bisnes yang lain.

Dalam usia muda, penulis telah berjaya memiliki rumah sendiri, kereta sendiri dan masih di dalam proses memperbaiki proses kehidupannya. Masih banyak yang penulis ingin belajar dan mahu belajar. Ilmu baginya ibarat mengais cacing di timbunan tanah yang membukit, mencari permata di dasar lautan yang menggunung, belum ada penghujungnya.

Salam manis madu,

"Gigih usaha, Pasti berjaya"

Ikhlas,
HAMKa, P.J.T. (Youth)
Admin jutawanbaru08

Executive Manager,

Sri Ananas Enterprise.

jutawanbaru08@gmail.com

link perniagaan penulis:

http://www.sriananasenterprise.blogspot.com/

http://www.compasskiblat.blogspot.com/